Our Life

Monday, December 12, 2011



Saya ada satu kisah. tentang isteri penyabar.
Dia seorang muallaf, cina masuk Islam.Islam krana berkahwin dgn suaminya. Dan dalam menempuh alam rmh tgga, si suami cari masalah, suka menjalinkan hubungan dgn perempuan lain di luar. Saya sedih sebab si suami berkelakuan begitu, tak menghargai isteri dan semestinya isterinya memerlukan bimbingan darinya setelah masuk Islam. Saya slalu takut si isteri tu terfikir nak balik ke agama asalnya sekiranya dia merasakan tiada kebahagiaan yg dia temui dalam agama baru yg di anutinya itu.
Suatu hari, si isteri tahu bhwa suami dia nk keluar, pegi ke tempat yg agak jauh, untuk berjumpa si kekasih hati. Memang lama dah dia tahu suami dia ada perempuan lain. yg lebih muda dan cantik darinya. Sebelum suaminya berangkat pergi, dia berpesan :"abang, cepat la pegi. Nanti terlewat pulak, kesian kat org  tunggu lama2."
Skali lagi dgn penuh kesabarannya dia berpesan sebelum suami dia keluar, "Bang, hati2 bawak kereta ya? Takut apa2 berlaku dengan korang pulak."
Si suami yg mendengar pun rasa tersentuh. memandang wajah isterinya dgn penuh kesian dan terharu...Dia mula terfikir kenapa la dia sanggup memperlakukan isterinya begini? Dia mula merasa serba salah.
Masa tu jugak la dia membatalkan hasrat untuk keluar dgn kekasih hatinya. Baru dia tahu betapa besarnya pengorbanan isterinya yg slama ini menahan sabar dgn kerenahnya. Tidak pernah skalipun isterinya merungut atau marah dgnnya. Malah mendoakan kesejahteraanya sentiasa walaupun si suami tengah keluar dgn kekasih hatinya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home