Cerita sebelum tidur anak-anakku...

Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a bahawa, ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda, "Allah ingin menguji tiga orang Israel (Bani Israel) yang
menderita kusta (penyakit kusta), botak dan buta. Maka Allah mengutus
malaikat yang datang kepada si penderita kusta, lalu malaikat berkata,
Malaikat: Apa yang paling kamu sukai?.
Penderita kusta: Warna yang indah dan kulit yang mulus, kerana orang-orang jijik melihatku.
Lalu malaikat itu menyentuhnya dan
penderita kusta itu sembuh seperti sediakala, kulitnya pun menjadi mulus
dan elok. Malaikat bertanya lagi kepada kepada penderita kusta
tersebut,
Malaikat: Apa kekayaan yang paling kamu sukai?
Penderita kusta: Unta.
Maka penderita kusta itu pun diberi
seekor unta betina bunting dan malaikat berkata kepada penderita kusta
tersebut, "Semoga berkah Allah tercurah kepadamu".
Kemudian malaikat itu pergi menemui orang botak, lalu berkata,
Malaikat: Apa yang kau inginkan?
Orang botak: Rambut yang lebat dan sembuh daripada penyakit botak ini, kerana orang-orang mengejekku.
Malaikat itu menyentuhnya dan seketika
itu penyakitnya sembuh, kepalanya ditumbuhi rambut yang lebat dan elok.
Kemudian malaikat bertanya kepada orang botak itu,
Malaikat: Kekayaan apa yang paling kamu sukai?
Orang botak: Sapi.
Lalu malaikat memberikan orang botak itu seekor sapi betina bunting dan berkata, "Semoga Allah melimpahkan berkahNya kepadamu."
Kemudian malaikat itu pergi menemui orang buta lalu berkata,
Malaikat: Apa yang paling kamu inginkan?
Orang buta: Aku ingin Allah mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat sosok manusia.
Lalu malaikat menyentuh mata orang buta
tersebut, seketika itu, matanya kembali pulih seperti sediakala.
Malaikat itu bertanya lagi kepada orang buta tersebut,
Malaikat: Kekayaan apa yang paling kamu sukai?
Orang buta: Biri-biri.
Maka malaikat itu memberikan kepada orang buta tersebut seekor biri-biri betina bunting.
Beberapa lama setelah peristiwa
tersebut, binatang ternakan yang diberikan kepada tiga orang tersebut
mula berkembang biak dengan begitu banyak, sehingga unta, sapi dan
biri-biri milik mereka itu cukup untuk menyebabkan kesesakan dalam
sebuah lembah.
Malaikat yang pernah menyembuhkan
penyakit dan memberikan binatang ternakan yang bunting kepada mereka
suatu ketika dulu, kemudiannya datang kembali (malaikat tersebut menjelma sebagai seorang manusia yang berpenyakit kusta) menemui si bekas penderita kusta, lalu berkata,
Malaikat:
Aku jatuh miskin, semua kekayaanku hilang dalam suatu perjalanan. Tiada
yang dapat mencukupi keperluanku selain daripada Allah dan setelah itu
kamu. Dengan nama Dia yang telah memberikan kepadamu kulit yang mulus
dan kekayaan yang berlimpah, aku minta kepada seekor unta sehingga aku
dapat meneruskan perjalananku.
Orang yang dahulunya penderita kusta: Banyak kewajipan yang harus aku penuhi. Jadi aku tidak dapat memenuhi permintaanmu.
Malaikat:
Rasanya aku mengenalmu, bukankah kamu si penderita kusta yang menjadi
bahan kejijikan orang suatu ketika dulu? Bukankah dulu kamu miskin dan
kemudian Allah menganugerahimu seluruh kekayaan yang kamu miliki
sekarang?.
Orang yang dahulunya penderita kusta: Kamu telah tersilap orang! Kekayaanku ini adalah warisan daripada nenek moyangku!
Malaikat:
Seandainya apa yang kamu katakan ini adalah dusta, biarlah Allah
mengembalikan kamu seperti semula (berpenyakit kusta dan miskin).
Kemudian malaikat menjelma sebagai
seorang manusia yang botak, lalu malaikat tersebut pergi menemui orang
botak. Ia mengajukan pertanyaan yang sama seperti yang ditanyakan kepada
si penderita kusta tadi, dan mendapat jawapan yang serupa.
Maka malaikat itu berkata kepada lelaki
botak itu, "Seandainya yang kamu katakan adalah dusta, biarlah Allah
mengembalikan kamu seperti semula (botak dan miskin).
Setelah itu, malaikat pun menjelma
menjadi seorang manusia yang buta dan kemudiannya mendatangi lelaki yang
dahulunya buta lalu berkata,
Malaikat:
Aku miskin dan musafir, semua kekayaanku lenyap dalam suatu perjalanan.
Tiada yang dapat menolongku selain Allah, dan setelah Dia yang dapat
menolong diriku adalah kamu. Aku meminta kepadamu seekor biri-biri
dengan nama Dia yang telah mengembalikan penglihatanmu kepadamu. Aku
ingin melanjutkan perjalananku.
Orang yang dahulunya buta:
Tiada keraguan lagi. Aku dahulu buta dan Allah yang telah mengembalikan
penglihatanku. Dahulunya aku seorang yang miskin dan Allah telah
membuatku kaya, maka ambil sajalah apa yang kamu inginkan dari
kekayaanku. Demi Allah! Aku tidak akan mencegahmu daripada mengambil apa
yang kamu inginkan daripada kekayaanku kerana Allah.
Malaikat: Uruskanlah harta milikmu. Kamu telah diuji Allah dan Allah sayang kepadamu dan murka kepada dua orang sahabatmu.
Rujukan: Ringkasan Shahih Al-Bukhari (Kitab Tentang Kisah Nabi-Nabi, hadith No. 1448)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home